Pages

Jun 30, 2012

First Thai Language

Pagi ini, kami bercadang nak jemput kawan2 dtg rumah. Sempena hari kelahiran Amierah ke-5. Menu utama, nasi lemak. Sekali check bahan2, asam jawa pulak tertinggal.

Nasib ade iTranslate, scribble sebijik2 then bawak pegi MaxValue & tunjuk kat staff situ.
Alhamdulillah, nasib dia faham. maknanya tak salah la kot tulisan Thai tu..hehe..

Untuk makluman, di sini orang2 Thai kurang fasih berbahasa Inggeris. Kalau naik teksi, bersedialah dgn sekeping peta.

Aku cari tepung gandum, sebut 'flour' diorg semua terkebil2. Aku cari roti yang ingredient die ade tulis 'wheat flour' & tunjuk kat dia, baru la faham. Macam-macam... 



Asam jawa Thailand lebih masam, mengikut kata masterchef

Our big family. Kaum hawa tgh sibuk makan nasi lemak..hehe

Jun 29, 2012

Happy Birthday Amierah Humairah (5th one)

Tak terfikir akan tiba detik bangun dari tidur & mendapati diri ini berada di satu daerah asing.

Apapun, hari ini hari jadi Amierah yang ke-5.
Ummi buat pertama kali merasmikan dapur baru. Oleh kerana banyak bahan-bahan memasak hanya akan tiba seminggu dari sekarang, got to opt for simple menu.


With her favourite french toast

Sejurus selepas breakfast, kami bergegas ke Shrewsbury International School.
Amierah akan menduduki assessment test untuk Year 1.

All the best....



Jun 28, 2012

2nd home

We touched down around 4.20pm local time (Bangkok 1 hour late than Kuala Lumpur)
After registration & whatnot, we finally got the key.

Hello Bangkok. The land of smiles...

Yes, for the next 2 years from now, we gonna call it home!

Sedang membelek dapur baru

1st pose

Hope this choice is the right one..


D-Day

Akhirnya..

28 Jun 2012 @ KLIA

Tiba juga hari yang dinanti...

Excited & nervous...

Itulah perasaan dalam hati...

Tepat jam 3.15pm, kami sekeluarga berlepas dari KLIA ke Suvarnabumi Airport Bangkok menaiki MH0782.

Pertama kali bagi Ziyad menaiki pesawat. Mujurlah sepanjang 2 jam 5 minit itu, dia lena di pangkuan Ummi.

Pertama kali juga buat Ummi, Amierah & Ziyad menjejakkan kaki ke luar negeri.

Ya-Allah, berkatilah perjalanan kami ini.
Jadikanlah setiap detik bermanfaat buat kami & mendekatkan kami kepadaMU...

Amin....








Jun 25, 2012

Cargo Service by Nippon Express

Setelah bertungkus-lumus mengemas & memilih barang2 yang perlu dibawa ke Bangkok, datanglah lori untuk memunggah.

Tabik spring kepada staff2 Nippon Express yang dlm masa 3 jam siap membungkus. Jumlah kotak? 26!!! Masih belum pecah rekod. Ade yg angkut 40 kotak ok!!

Tempoh dalam masa 2 minggu hingga sebulan utk kargo2 ini sampai.
Harap2nya selamatlah dalam perjalanan.
Banyak stok makanan dlm tu...

Pakaian + Makanan sahaja


Shopping Day

We never receive a bill with the amount of more than RM1,000. Just for grocery shopping. It was the 1st, hope to be the last, though.

We never know what life would be in Bangkok. This I consider "prepare for the worst" case.

With 2 trolleys fully-loaded, it took almost 30 minutes at the cashier counter & trigger wrath of people queuing at the back. Sorry...


Jun 24, 2012

Home Search

17th -19th June 2012.

Kami berangkat ke Bangkok utk memilih apartment yg bakal yg diduduki. Sehari juga membelek & meninjau calon2 pilihan.




Fully-furnished apartment with 2 bedrooms. Pening juga nak pilih.
Spoilt for choices, seriously!!

Nak yg baru tapi terpencil. Yg dkt dgn serba serbi tapi sekolah utk Amierah jauh. Berusia tapi lengkap segalanya.

Teruji minda membuat pilihan yg optimum. Mengambil pendekatan yg pernah diajar, sebelum membuat keputusan byk2 berselawat. Setelah memutuskan keputusan, beristigfar pula byk2. Berselawat moga diberi ilham yg baik. Beristigfer mohon dijauhkan  sebarang musibah atas pilihan yg telah dibuat.




Mudah-mudahan itulah yang terbaik utk kami semua...


Jun 18, 2012

Income Tax Clearance

Semalam Account Dept dah issue form C.P. 21 (Pemberitahuan oleh Majikan bagi Pekerja yang Meninggalkan Negara)Bergegaslah aku ke LHDN Wangsa Maju. Di situ fail pertama aku didaftarkan.Berdebar jugak, sebab pengalaman2 member sebelum ni agak menakutkan. Kena bayar kalau ada tunggakan.Tunggu punye tunggu, akhirnya sampai giliran. Pegawai di kaunter memeriksa 7 tahun rekod terdahulu. Alhamdulillah, saya seorang pembayar cukai yang taat. Tidak ada sebarang tunggakan, malah saban tahun cukai pendapatan dijelaskan seperti diarahkan.Hati pun semakin berdebar. Hari yg dinanti semakin hampir..