Pages

Dec 14, 2012

An Evening with Ultras Malaya

Dan saat yang ditunggu telah tiba.

Tak sangka, ramai juga rombongan dari Malaysia yang datang ke Bangkok malam tadi.

Lebih kurang 500-600..
Kebetulan aku dapat berdiri bersama-sama geng Utra Malaya, penyokong tegar Harimau Malaya.

Walaupun liriknya tak semua aku dapat ikuti, semangat bersorak itu sungguh terasa.
Kalah? Adat permainan. Thailand sememangnya agak mantap. Ditambah terpaksa bermain 10 orang untuk separuh masa kedua.

Oh, muka masuk TV?
Ada beberapa rakan-rakan dari Malaysia mengirim mesej memberitahu terlihat kelibat muka aku.
Harap-harap bukanlah ketika sedang terloncat-loncat ataupun muka frust bila gawang Malaysia dibolosi...

Dec 9, 2012

Harimau Malaya - Welcome to Bangkok!

Tak disangka-sangka, berpeluang menonton perlawanan Harimau Malaya secara langsung di bumi Bangkok.

Setelah perlawanan pertama sebentar tadi terikat 1-1, maka perhitungan seterusnya akan menentukan siapa yang bakal ke final Piala Suzuki 2012.

Penyokong di Malaysia sudah menunaikan tanggungjawab di Bukit Jalil, kini giliran perantau di sini untuk sama-sama menyemarakkan semangat pemain Harimau Malaya.

Mungkin juga suara kami tenggelam dek bilangan penyokong tuan rumah yang ramai.
Namun hati kami besar, mudah-mudahan juga doa untuk menang dimakbulkan.

Jersi sudah beli, tiket stadium pun sudah. Tinggal menunggu hari sahaja.

Oh ya, andai ada di kalangan kalian yang ingin ke sini, beli sahaja tiket penerbangan.
Penginapan ditanggung beres...

Amacam, berani?