Pages

Feb 26, 2013

A Trip to Maeklong Railway Market

Di Thailand ini, kami mendapati banyak sekali keunikan-keunikan yang jarang terdapat di Malaysia.

Kadang-kadang, keunikan itu sangat 'simple' tetapi ia tetap mampu menarik perhatian para pelancong.

Contohnya di sini.
Maeklong Station adalah salah sebuah stesyen keretapi (kira-kira 80km dari kota Bangkok)

Hanya kerana penduduk tempatan di sini menjalankan perniagaan di sepanjang landasan keretapi ini, saban hari ia sentiasa penuh dengan pelancong dari luar negara.

Aku sempat terdengar jeritan seorang 'Mat Saleh' apabila seorang peniaga Thai yang mengeluh kerana orang ramai yang berpusu-pusu mengambil gambar (kami tak terkecuali..hehe..)

"It may be normal for you guys, but this is very unique for us!!"



Brader Mat Saleh separa botak pakai kaler hijau la yang jerit tu..
Jumpa?hehehe..

Keretapi berhenti seketika..
Glamer keretapi ni!!


Posisi sebelum keretapi lalu

Sangat merbahaya..
Buatnya terlupa, boleh jadi mangsa nahas landasan keretapi.


Feb 25, 2013

A Tale of 'Roti Naik'

Sejak kecil, ini antara menu yang sering menjadi pilihan keluarga aku.
Selalu dihidangkan waktu minum petang.
Dan juga waktu-waktu perut sedang berkeroncong tak kira masa.

Tak semua orang 'familiar' dengan hidangan ini.

Bentuk seakan-akan roti bun, namun saiz agak kecil. Rasa? Ianya tersendiri.
Nak kata macam apam pun bukan, macam roti pun tak.
Umpama kek tapi tak sepenuhnya.

Resipi ini turun temurun dari Tok Mok, yang mana tak silap dipelajari dari arwah Tok Yang (moyang aku). Maka, adik beradik Tok Mok pun ramai yang pakar.

Yang pasti, semua anak-anak perempuan Tok Mok ie arwah Mak & makcik-makcik aku (Mak La, Mak Dah & Mak Su) mahir juga membuatnya.

Kini, resipi itu turun pula ke generasi seterusnya. Mengambil kredit isteriku, Tok Mok boleh berbangga Roti Naik terus diwarisi zaman berzaman.


:: In progress ::


:: Best served with margarine ::


p/s: Kerjaya food tester aku akui sebagai antara kerjaya terbaik di dunia.
Dah la makan kerjanya, 'complain' masakan orang pulak!! 
:: senyum, tak perlu kata apa-apa :: :-)