Pages

Apr 8, 2013

2013 Bangkok International Motor Show

Telah berlangsung Motor Show di Bangkok sepanjang 27 Mar-7 Apr'13.
Setiap staff dapat tiket percuma, jadi kami pun secara berjemaah ke sana.

Misi aku cuma satu, melihat satu model baru yang amat dekat di hati aku.
Sehingga nota ini ditulis, masih rancak persiapan terutama rakan-rakan di Malaysia.
Demi memastikan kelahiran bayi baru ini lancar tanpa sebarang masalah.

Secara eksklusif...
Jom layan...

Nama saya Vios


Have It All


Rear View


Future Vios?
Ini 'concept car'


Another concept car.
Fun-Vii


Saya suka yang ini. Prius.
Mudah-mudahan dapat memilikinya satu hari nanti, insya-Allah


Malaysia di tempat ke-3 di kalangan negara ASEAN


Nantikan kemunculan Vios baru.
Bila? Biarlah rahsia...
(kena potong gaji oo kalo bagitau!!!)


Mar 31, 2013

Post Birthday

Alhamdulillah..
Ternyata ucapan syukur semata-mata tidak cukup dibandingkan nikmat Iman & Islam yang dikecapi.
Tambahan lagi segala macam bentuk kebaikan yang telah Allah berikan dalam kehidupan sehari-hari.

Kita perlu lebih dari sekadar mengucapkan Alhamdulillah..

Laksa Johor
Isteri tersayang menyediakan hidangan istimewa pulang dari kerja.

Ucapan WhatsApp dari big boss


Kek dari Chatrium Residence Sathon

Turn jadi khatib daa..
Bersiap dengan teks khutbah Jumaat.
Topik: Berbakti kepada ibu bapa. Tribute to Ayah & especially Mak

Kad ucapan dari anakanda Amierah Humairah

Mar 21, 2013

My Pre-Birthday Trip

Alhamdulillah ala kulli hal


2 nights stay at Koh Lanta.
3 hours drive from Krabi Airport & 2 ferries required to cross 2 Koh @ islands.
" Lanta Paradise Beach Resort "



The Famous Maya Bay -
"as seen in The Beach movie starred Leonardo DiCaprio"


My last snorkeling was in Feb 1999, in Sibu Island Resort.


Masjid spotted in Koh Phi Phi Don


Remember 2004 Tsunami?
Koh Phi Phi & Krabi were badly affected.


As told by a local boy, this Masjid was miraculously saved from Tsunami.
Surrounding buildings all swept away!
Similar as in Acheh.
Allahu Akbar!!!  


During Tsunami, all people looking for shelter inside this Masjid.
Cannot imagine the one with only bikini (lots of them actually).
Can't they see the greatness of Allah?


With Speed Boat team @ Koh Phi Phi


With Tekong of Longtail Boat @ Koh Poda


Subhanallah...
Sunset in Koh Lanta

Feb 26, 2013

A Trip to Maeklong Railway Market

Di Thailand ini, kami mendapati banyak sekali keunikan-keunikan yang jarang terdapat di Malaysia.

Kadang-kadang, keunikan itu sangat 'simple' tetapi ia tetap mampu menarik perhatian para pelancong.

Contohnya di sini.
Maeklong Station adalah salah sebuah stesyen keretapi (kira-kira 80km dari kota Bangkok)

Hanya kerana penduduk tempatan di sini menjalankan perniagaan di sepanjang landasan keretapi ini, saban hari ia sentiasa penuh dengan pelancong dari luar negara.

Aku sempat terdengar jeritan seorang 'Mat Saleh' apabila seorang peniaga Thai yang mengeluh kerana orang ramai yang berpusu-pusu mengambil gambar (kami tak terkecuali..hehe..)

"It may be normal for you guys, but this is very unique for us!!"



Brader Mat Saleh separa botak pakai kaler hijau la yang jerit tu..
Jumpa?hehehe..

Keretapi berhenti seketika..
Glamer keretapi ni!!


Posisi sebelum keretapi lalu

Sangat merbahaya..
Buatnya terlupa, boleh jadi mangsa nahas landasan keretapi.


Feb 25, 2013

A Tale of 'Roti Naik'

Sejak kecil, ini antara menu yang sering menjadi pilihan keluarga aku.
Selalu dihidangkan waktu minum petang.
Dan juga waktu-waktu perut sedang berkeroncong tak kira masa.

Tak semua orang 'familiar' dengan hidangan ini.

Bentuk seakan-akan roti bun, namun saiz agak kecil. Rasa? Ianya tersendiri.
Nak kata macam apam pun bukan, macam roti pun tak.
Umpama kek tapi tak sepenuhnya.

Resipi ini turun temurun dari Tok Mok, yang mana tak silap dipelajari dari arwah Tok Yang (moyang aku). Maka, adik beradik Tok Mok pun ramai yang pakar.

Yang pasti, semua anak-anak perempuan Tok Mok ie arwah Mak & makcik-makcik aku (Mak La, Mak Dah & Mak Su) mahir juga membuatnya.

Kini, resipi itu turun pula ke generasi seterusnya. Mengambil kredit isteriku, Tok Mok boleh berbangga Roti Naik terus diwarisi zaman berzaman.


:: In progress ::


:: Best served with margarine ::


p/s: Kerjaya food tester aku akui sebagai antara kerjaya terbaik di dunia.
Dah la makan kerjanya, 'complain' masakan orang pulak!! 
:: senyum, tak perlu kata apa-apa :: :-)



Jan 26, 2013

Ulangtahun Kelahiran

Kelmarin sambutan Maulidur-Rasul, sempena memperingati kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad (selawat & salam ke atas baginda)

Syafaat baginda yang amat didambakan oleh setiap manusia di Mahsyar kelak.
Kesempatan hidup inilah harus dimanfaatkan sebaiknya.

Hikmah Allah mensyariatkan kita berselawat,sedangkan tanpa kita berselawat sekalipun,Rasulullah tetap mulia di sisi Allah.

Itulah erti hidup. Utamakan memberi dari sekadar menerima.

Hari ini, ulangtahun kelahiran Mak. Beliau berusia genap 59 tahun andai takdir Ilahi Mak masih hidup.

Al-Fatihah buat Mak. Moga kerinduan ini akan sentiasa mengingatkan aku agar selalu mendoakan kesejahteraannya di sana.

Ya Allah ampunkan Mak, rahmati Mak, maafkan Mak, kasihani Mak, tempatkan Mak di syurgaMU yang tertinggi, Amin..


Jan 13, 2013

Lagu ini memang tidak dijangka boleh menang Juara Lagu.
Orang pun tertanya-tanya apa sebenarnya mesej yang cuba disampaikan.
Mungkin kerana lebih berentak rap, lantaran itu kurang jelas kedengaran bait-bait lagunya.

Mungkin juga kurang nilai komersil, tapi aku paling minat lagu ni antara banyak2 lagu yang dipertandingkan tempoh hari..

Persembahan terbaik? Jadilah...hehehe


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama



Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah


*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna


Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti




Lambat laun, kita pasti akan kembali bertemu DIA YANG MAHA SEMPURNA..