Pages

Showing posts with label Precious. Show all posts
Showing posts with label Precious. Show all posts

Jan 26, 2013

Ulangtahun Kelahiran

Kelmarin sambutan Maulidur-Rasul, sempena memperingati kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad (selawat & salam ke atas baginda)

Syafaat baginda yang amat didambakan oleh setiap manusia di Mahsyar kelak.
Kesempatan hidup inilah harus dimanfaatkan sebaiknya.

Hikmah Allah mensyariatkan kita berselawat,sedangkan tanpa kita berselawat sekalipun,Rasulullah tetap mulia di sisi Allah.

Itulah erti hidup. Utamakan memberi dari sekadar menerima.

Hari ini, ulangtahun kelahiran Mak. Beliau berusia genap 59 tahun andai takdir Ilahi Mak masih hidup.

Al-Fatihah buat Mak. Moga kerinduan ini akan sentiasa mengingatkan aku agar selalu mendoakan kesejahteraannya di sana.

Ya Allah ampunkan Mak, rahmati Mak, maafkan Mak, kasihani Mak, tempatkan Mak di syurgaMU yang tertinggi, Amin..


Nov 8, 2012

7 Eleven

Alhamdulillah atas segala nikmat & kurniaan Allah.
Semoga Allah tetapkan iman kita sepanjang kehidupan yang pendek ini.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Nov 4, 2012

EE rindu Mak..

Entah mengapa,ingatan kepada arwah Mak sangat-sangat kuat.
Rindu yang teramat.

Mak kuat berleter. Normal aku kira bagi kebanyakan ibu-ibu di luar sana.
Tapi dengan aku, Mak selalu 'tone down'. Ayah tahu itu. Adik-adik pun sering mengungkit tentang hal itu.

Bukanlah aku yang memilih bagaimana cara layanan Mak pada aku. Mungkin kerana aku anak sulong?
Mungkin juga sebab aku sensitif & kuat merajuk sejak kecil?

Seperkara yang mungkin juga, aku mudah menuruti semua permintaan & arahan Mak.
Bukanlah tidak pernah aku ingkar, tapi sekiranya itu terjadi maka aku akan cepat-cepat menebusnya dengan sesuatu yang sepatutnya.

Kini itu semua tidak penting.

Namun, bila rindu datang bertamu...
Bermacam-macam kenangan lalu singgah.

Ibarat sahabat akrab yang datang berkunjung, akan ku layani sehingga ia melangkah pergi..

"Ya-Allah, ampuni dosa-dosaku & dosa-dosa kedua ibubapaku..
Dan rahmati & kasihi mereka berdua sebagaimana mereka mengasihiku sejak aku kecil"

Semoga tenang Mak di sana, Amin..







Aug 16, 2012

1st Day in School

Tuntutlah ilmu wahai anakku..
Ianya berguna demi kehidupan dunia & akhirat.

Lepas ukur uniform, pakai & terus masuk kelas..
Tak smpt nak warm up..hehehe

Aug 15, 2012

The Day We Reunite

After 45 days, we are all together again..
Alhamdulillah....

My Eid is already came!!
Horray....

Aug 7, 2012

Has Been A While

Yes..

It has been a while since last time I posted something here..
Blame it on my Machine, I thought it needs a replacement.
Luckily, my pocket saved by a software update. It needs 'refreshment', just like us.

Thinking of sharing my Ramadhan in Bangkok.
The first Masjid I saw, nearest Masjid I found...etc


1.5km away from residence.
17 minutes walk. I need a bicycle!!!

It has been a while also to be apart with my wife & kids.
Oh, Ziyad was admitted to KPJ last week due to dehydration. Alhamdulillah, he is back to normal..
Can't wait to reunite with you all dear!!!

And...
Ramadhan is fast approaching the end. Before we knew it!!!
It has been very, very wonderful Ramadhan experience in Bangkok.

The feeling being minority, really taught me something.

Hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri..
Baik lagi negeri sendiri..
Indeed..

Jul 1, 2012

Farewell My Dearest

Hari ini amat menyedihkan.
Kami terpaksa berpisah seketika.
Dek kerana beberapa 'adjustment' yang perlu dilakukan.
Demi masa depan kami sekeluarga.

Semoga Ummi tabah menghadapi kerenah anak2 dlm tempoh 2 bulan ini.

Lunch di MBK Center (Yana Restaurant)

KepadaMu ya-Allah kami berserah & bertawakal......

Jun 29, 2012

Happy Birthday Amierah Humairah (5th one)

Tak terfikir akan tiba detik bangun dari tidur & mendapati diri ini berada di satu daerah asing.

Apapun, hari ini hari jadi Amierah yang ke-5.
Ummi buat pertama kali merasmikan dapur baru. Oleh kerana banyak bahan-bahan memasak hanya akan tiba seminggu dari sekarang, got to opt for simple menu.


With her favourite french toast

Sejurus selepas breakfast, kami bergegas ke Shrewsbury International School.
Amierah akan menduduki assessment test untuk Year 1.

All the best....



Jun 28, 2012

D-Day

Akhirnya..

28 Jun 2012 @ KLIA

Tiba juga hari yang dinanti...

Excited & nervous...

Itulah perasaan dalam hati...

Tepat jam 3.15pm, kami sekeluarga berlepas dari KLIA ke Suvarnabumi Airport Bangkok menaiki MH0782.

Pertama kali bagi Ziyad menaiki pesawat. Mujurlah sepanjang 2 jam 5 minit itu, dia lena di pangkuan Ummi.

Pertama kali juga buat Ummi, Amierah & Ziyad menjejakkan kaki ke luar negeri.

Ya-Allah, berkatilah perjalanan kami ini.
Jadikanlah setiap detik bermanfaat buat kami & mendekatkan kami kepadaMU...

Amin....