Dan bermula enjin kereta pertama & seterusnya, adalah hasil pemerhatian (baca: ciplak) dari pengusaha kereta-kereta terdahulu dari Eropah. Dek kerana cuaca yang tidak sama antara Asia & Eropah, mereka belajar & meniru apa yang perlu demi hasil yang lebih baik.
Dalam istilah kerja sehari-hari, ia dipanggil dalam bahasa Jepun 'Yokoten'.
Dalam bahasa lain, copycat. Ia seperti satu bait yang lazim,
"Yokoten from the best practice".
Dan di Thailand, banyak produk yang diYokoten, jersi, t-shirt, kasut, beg & segala macam lagi.
Bagi aku sendiri, selaku 'hantu bola', memang tidak boleh lari dari meminati jersi-jersi pasukan kesayangan, di samping jersi-jersi yang cantik dipandang.
Bayangkan, membeli yang original berharga sekitar RM150-RM300.
Yang murah itu pun kerana sudah obsolete/outdated.
Ada tiga kategori, Gred A, B & C.
Di Malaysia, lebih familiar dengan gred AAA, AA & A. (Dah macam bateri daa!!)
 |
1/3 daripada harga original
kualiti?
seeing is believing, some say. |
Ada satu situasi di mana aku & beberapa rakan sedang berjalan-jalan di night bazar di sini. Lantas seorang penjual memegang baju aku, lantas berkata;
"How much you buy? Must be very expensive. I have same like this, very cheap THB XXX only!!"
Aik, apa benda yang kau merepek ni Jang?!!Kau ingat ori ke?
Aku punya lagi murah dari yang kau jual!
 |
| Jadi model agak-agak laku tak? |
Moral of the story..
Biar pakai barangan ciplak, janji orang ingat ori.
Daripada pakai original, tetap orang ingat kita pakai ciplak.
So, dah boleh amik order tak ni??