Pages

Oct 14, 2012

Imitasi

Sesuatu tentang sejarah Toyota, ia bermula dari sebuah mesin tenun.

Dan bermula enjin kereta pertama & seterusnya, adalah hasil pemerhatian (baca: ciplak) dari pengusaha kereta-kereta terdahulu dari Eropah. Dek kerana cuaca yang tidak sama antara Asia & Eropah, mereka belajar & meniru apa yang perlu demi hasil yang lebih baik.

Dalam istilah kerja sehari-hari, ia dipanggil dalam bahasa Jepun 'Yokoten'
Dalam bahasa  lain, copycat. Ia seperti satu bait yang lazim, 
"Yokoten from the best practice". 

Dan di Thailand, banyak produk yang diYokoten, jersi, t-shirt, kasut, beg & segala macam lagi.

Bagi aku sendiri, selaku 'hantu bola', memang tidak boleh lari dari meminati jersi-jersi pasukan kesayangan, di samping jersi-jersi yang cantik dipandang.

Bayangkan, membeli yang original berharga sekitar RM150-RM300.
Yang murah itu pun kerana sudah obsolete/outdated.

Ada tiga kategori, Gred A, B & C. 
Di Malaysia, lebih familiar dengan gred AAA, AA & A. (Dah macam bateri daa!!)

1/3 daripada harga original
kualiti?
seeing is believing, some say.


Ada satu situasi di mana aku & beberapa rakan sedang berjalan-jalan di night bazar di sini. Lantas seorang penjual memegang baju aku, lantas berkata;

"How much you buy? Must be very expensive. I have same like this, very cheap THB XXX only!!"

Aik, apa benda yang kau merepek ni Jang?!!Kau ingat ori ke?
Aku punya lagi murah dari yang kau jual!

Jadi model agak-agak laku tak?

Moral of the story..

Biar pakai barangan ciplak, janji orang ingat ori.
Daripada pakai original, tetap orang ingat kita pakai ciplak.

So, dah boleh amik order tak ni??