Pages

Sep 29, 2012

Solat Jumaat

Komuniti Islam di TMAP tidaklah begitu ramai.
Sekitar 40-50 orang.

Setiap Jumaat, kami akan bersembahyang Jumaat di satu bilik mesyuarat.
Acapkali sekitar 30-40 yang hadir. Maklumlah, pelbagai komitmen, ada yang terpaksa keluar atas urusan sehari-hari.

Pada mulanya aku agak ragu-ragu. Pengetahuanku yang cetek mengatakan syarat sah Jumaat mestilah minimum 40 orang.

Mujurlah setelah dirujuk kepada seorang Ustaz, dibolehkan solat Jumaat sekurang-kurangnya 16 orang bersandarkan kisah solat Jumaat di Quba', sewaktu peristiwa Rasulullah berhijrah ke bumi Madinah.

Semalam, tiba pula giliranku menjadi khatib. Ternyata pengalaman yang tak dapat dilupakan, Setelah dua bulan aku cuba menolak, dek kerana tahu ilmu & kewarakan yang tak seberapa ini. Namun aku mengalah jua. Berdirilah khatib pertama, wakil dari Malaysia.

Isi khutbah pertama berkisar tentang keindahan akhlak Rasulullah.
Kesantunan baginda terhadap isteri, ahli keluarga, sahabat, jiran & golongan kufur.

Khutbah kedua, ingatan untuk semua sahabat terhadap perlunya menjaga akhlak & menunjukkan protes yang rasional terhadap video pendek yang memperlekehkan keperibadian Rasulullah.

Kehidupan dunia ini terlalu singkat, jika diamati sedalamnya.
Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa dalam kebaikan. Mereka yang akan dianugerahkan syafaat baginda Rasulullah di Mahsyar kelak.

Untuk itu, jalannya bukan mudah. Ia penuh liku & ranjau berduri.
Ya-Allah, tuntunlah kami ke JannahMU...


Sep 20, 2012

Mendung di Bangkok

Cuaca agak suram sekitar Bangkok.
Matahari jarang kelihatan, hujan kadang-kala lebat adakala renyai.

Di bahagian utara Thailand, sudah ada kawasan yang tenggelam dek banjir.

Semoga tidak berlaku banjir seteruk tahun lepas di Bangkok ini. Namun, andai itu ketentuanMU, aku redha Ya-Allah...

Sep 11, 2012

Kerja.Makan.Jalan.

Agak penuh jadual sehari-hari.

5 hari seminggu sudah tentu seharian di kantor.
Tiba hujung minggu, bermacam pula aktiviti menanti.

Syukurlah, pelbagai pengalaman baru ditimba.

Ternyata aku semakin memahami istilah
"hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..
apapun, baik lagi negeri sendiri.."

Dulu, aku agak kurang bersetuju dgn kata-kata di atas.
Emas & batu, bodoh sekali siapa yang tidak dapat menilai mana yang lebih berharga.

Namun, yang batu itu jangan disangka tiada nilai.
Malah, yang emas itu kadang-kalanya boleh juga menghancurkan..

Terdapat juga nilai-nilai orang di sini yang aku kagumi.
Nilai yang sepatutnya ada dalam setiap umat Islam.
Nilai yang kadang-kadang aku pun 'sangkut'..
:: JUJUR ::

" honesty is the best policy "
(aku 1st time dengar masa form 1, teacher mimi, tapi tak tau langsung apa makna...
Oh My English!!)



Swiss Sheep Farm

Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat..
:: ee ::
my childhood nickname!!

Untuk lebih gambar..sinisinisini & sini.