Pages

Sep 29, 2012

Solat Jumaat

Komuniti Islam di TMAP tidaklah begitu ramai.
Sekitar 40-50 orang.

Setiap Jumaat, kami akan bersembahyang Jumaat di satu bilik mesyuarat.
Acapkali sekitar 30-40 yang hadir. Maklumlah, pelbagai komitmen, ada yang terpaksa keluar atas urusan sehari-hari.

Pada mulanya aku agak ragu-ragu. Pengetahuanku yang cetek mengatakan syarat sah Jumaat mestilah minimum 40 orang.

Mujurlah setelah dirujuk kepada seorang Ustaz, dibolehkan solat Jumaat sekurang-kurangnya 16 orang bersandarkan kisah solat Jumaat di Quba', sewaktu peristiwa Rasulullah berhijrah ke bumi Madinah.

Semalam, tiba pula giliranku menjadi khatib. Ternyata pengalaman yang tak dapat dilupakan, Setelah dua bulan aku cuba menolak, dek kerana tahu ilmu & kewarakan yang tak seberapa ini. Namun aku mengalah jua. Berdirilah khatib pertama, wakil dari Malaysia.

Isi khutbah pertama berkisar tentang keindahan akhlak Rasulullah.
Kesantunan baginda terhadap isteri, ahli keluarga, sahabat, jiran & golongan kufur.

Khutbah kedua, ingatan untuk semua sahabat terhadap perlunya menjaga akhlak & menunjukkan protes yang rasional terhadap video pendek yang memperlekehkan keperibadian Rasulullah.

Kehidupan dunia ini terlalu singkat, jika diamati sedalamnya.
Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa dalam kebaikan. Mereka yang akan dianugerahkan syafaat baginda Rasulullah di Mahsyar kelak.

Untuk itu, jalannya bukan mudah. Ia penuh liku & ranjau berduri.
Ya-Allah, tuntunlah kami ke JannahMU...


2 comments:

  1. Allahu Akbar. Wakil khatib dari Malaysia. Teks ucapan boleh share?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..copy paste je..
      http://khutbahbank.org.uk/

      baca kat umah pun bole.. :-)

      Delete