Siapa sangka, Dec'14 aku masih di bumi Siam ini.
Dec'12 menyaksikan separuh akhir Suzuki Cup, kali ini perlawanan akhir pula.
Kalah 0-2 di tangan Thailand.
Team mereka memang lebih layak menang. Permainan yang cantik, dibarisi pemain-pemain muda (gadis-gadis Malaysia baca sebagai kacak)
Selaku rakyat Malaysia, aku cuma berpendapat menjadi tanggungjawab untuk turun padang sama-sama bersorak menaikkan semangat pemain-pemain Malaysia.
Tabik sekali lagi kepada Ultras Malaya.
Sekitar 500-1000 yg datang semata-mata memberikan sokongan padu.
Malah, lebih padu berbanding tahun 2012 dahulu.
Kalau diikutkan, selesa lagi menonton di rumah sahaja.

No comments:
Post a Comment