Pages

Nov 3, 2012

Korban

Tahun lepas ada peristiwa berdarah..
Tak usah dikenang barang yang lalu.
Tapi dek kerana parut di kaki,sering terbayang-bayang saat parang tu tertusuk yang nyaris mengorbankan jari kelingking kiri.

Tahun ini, kami berkorban di Kemboja. Mudah-mudahan ada sedikit manfaat darinya.



Kadang-kadang terbayang orang di Malaysia, sanggup berebut mendapatkan 'hak' tapi bila dah dapat, terbazir sini sana.

Tahun ini juga isteriku berkorban demi kami..aku & anak-anak.
Terpaksa ditinggalkan kerjaya, keluarga & rakan-rakan.
Nampak mudah tapi banyak sekali pertimbangan yang terpaksa dikorbankan.

Allah dan hanya Allah yang Maha Mengetahui hikmah keberadaan kami di sini.
Dan hanya DIA yang mampu membalas pengorbanannya itu..

No comments:

Post a Comment