Pages

Jan 26, 2013

Ulangtahun Kelahiran

Kelmarin sambutan Maulidur-Rasul, sempena memperingati kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad (selawat & salam ke atas baginda)

Syafaat baginda yang amat didambakan oleh setiap manusia di Mahsyar kelak.
Kesempatan hidup inilah harus dimanfaatkan sebaiknya.

Hikmah Allah mensyariatkan kita berselawat,sedangkan tanpa kita berselawat sekalipun,Rasulullah tetap mulia di sisi Allah.

Itulah erti hidup. Utamakan memberi dari sekadar menerima.

Hari ini, ulangtahun kelahiran Mak. Beliau berusia genap 59 tahun andai takdir Ilahi Mak masih hidup.

Al-Fatihah buat Mak. Moga kerinduan ini akan sentiasa mengingatkan aku agar selalu mendoakan kesejahteraannya di sana.

Ya Allah ampunkan Mak, rahmati Mak, maafkan Mak, kasihani Mak, tempatkan Mak di syurgaMU yang tertinggi, Amin..


No comments:

Post a Comment