Pages

Jul 26, 2012

Excise Duty

Alhamdulillah, genap seminggu sudah berpuasa di bumi Siam ini.
Agak sibuk menghadapi hari2 di bulan Ramadhan.
Seharian di ofis, sampai di rumah berbuka & kemudiannya berterawikh.

Mujur juga rumahku dijadikan surau sementara. Tidak ada alasan untuk ponteng melainkan sekiranya benar2 uzur. Jika selalunya, asalkan letih atau pening2 lalat pun jadi alasan utk 'tuang' terawikh berjemaah.

Bukanlah satu kesalahan berterawikh di rumah. Namun, kita sendiri faham bagaimana permainan 'tarik tali' antara jiwa & nafsu yang meronta2.

Oh, sebenarnya aku tertarik dengan perkembangan terkini di tanahair.
Isu krisis air yang kadang2 melucukan, kadang2 menyakitkan hati. Biarkan mereka.
Semoga Allah tunjuk siapa yang benar antara mereka.

Timbul pula cadangan menghapuskan 'excise duty' bagi kenderaan2 bukan Nasional.
Isu ini sangat dekat dengan diri aku. Boleh diibaratkan sudah menjadi sebahagian DNA darah aku.

Bahkan, dalam pembentangan aktiviti tahunan Selasa lalu, seorang Naib Presiden TMAP-EM menyatakan bahawa situasi di Malaysia agak unik dengan struktur cukai yang amat berlainan berbanding negara2 Asia Pasifik selainnya. Aku hanya mampu mengangguk & tersenyum. Ada pros & cons...

Terlalu banyak untuk diceritakan. Nantilah, mungkin akan aku tuliskan sebuah buku khas mengenainya..(hahahahahahahahahahaha..sekadar melawak..)

Ringkasnya, elok juga cadangan itu.
Bayangkan seseorang yang membeli kereta H-C / T-V / N-L & yang seantero dengannya, membayar sekitar RM30,000-40,000 hanya utk duti eksais. Bahagian yang 'terbaik' (nada BoboiBoy), kita berhutang & dikenakan bunga/faedah/keuntungan oleh Bank demi membayar duti tersebut.

Government untung. (Harapnya duit disalurkan bukan ke atas projek2 tidak bermanfaat)
Bank untung, pengeluar/penjual kereta tidak untung tidak rugi.

Siapa yang rugi?
Mereka & keluarga mereka!!!!


2 comments: