Pages

Jul 19, 2012

Ramadhan


Petang ini, umat Islam akan menantikan anak bulan Ramadhan.
Aku sendiri, agak berdebar2. Tambahan apabila mendapat tahu ada kemungkinan yang esok (Jumaat) akan mula berpuasa di sini.

Tak pernah terlintas akan menjalani ibadah puasa ini di negara orang. 
Apatah lagi di mana Islam merupakan minoriti.
Tentu sahaja suasana tidak akan sama.

Namun, kewajipan tetap menjadi keutamaan.

Kepada anda semua, selamat menyambut bulan Ramadhan. 
Hidupkanlah ia dengan segala kebaikan yang mampu kita lakukan. Walau sekecil mana, jangan diremehkan. Semoga redha Allah akan kita kecapi..

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna"

Mohd Zairy
Bangkok, Thailand




1 comment:

  1. selamat berpuasa Abi,insyaAllah sesama kita ek.

    ReplyDelete