Pages

Aug 26, 2012

Raya Sang Perantau

Suatu pengalaman yang baik sebenarnya, dapat menyambut Syawal di negeri orang.
Diam x diam, sudah seminggu Syawal berlalu. Tahun ini, tidak merasa menempuh jem di sepanjang PLUS. Malahan, suasana raya sudah tiada masuk hari ke-3, apabila kami sudah mula bertugas.

Singapura & Filipina turut bercuti umum tatkala Aidilfitri. Namun di Thailand, mungkin kerana peratusan umat Islam yg amat kecil, tiada cuti umum. Mujur juga 1 Syawal jatuh hari Ahad. Ditambah cuti 'sendirian berhad', dapatlah beraya seadanya.

Pengalaman juga dapat bersiaran langsung (Skype) di RTM1, walaupun sekadar seminit lebih.

Di bawah sedikit perkongsian suasana kami berhari raya di sini.



Semoga bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang. Insya-Allah...

No comments:

Post a Comment